? ??????????????Sunset City? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??59 Grabs Today. 2925 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Concrete Colors? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??108 Grabs Today. 236 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Fancy Purplen BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 24, 2009

Surau Madrasah Al attas-Surau Az Zahra

Thursday, June 18, 2009

Perpindahan Madrasah Alattas Ke Ulu Tiram




Dalam jangka masa yang pendek, nama madrasah ini telah tersebar luas meyebabkan bertambah jumlah permohonan untuk memasukinya. Pertambahan muridnya menyebabkan, Al Habib Hassan terpaksa memindahkan Madrasah Al Attas ke tempah yang baru. Tapak baru madrasah ini juga di atas sebuah bukit, iaitu Bukit Seri Kopi berhampiran dengan Sekolah Melayu Air Molek, Johor Baharu.
Kemudiannya, buat kali yang ketiga Madrasah Al Attas terpaksa dipindahkan lagi, kali ini pula dibangunan sementara yang lebih besar sesuai untuk menampung pertambahan pelajar-pelajarnya. Bangunan sementara ini terletak bersebelahan dengan Sekolah SIGS yang ada pada hari ini.





Pada tahun 1925, jumlah pelajarnya meningkat lagi kepada 300 orang. Dan untuk perpindahan kali yang ke empat, ia telah dipindahkan berdekatan dengan rumah Al Habib Hassan sendiri iaitu di kampung Habib Hassan yang kini dikenali sebagai kampung Wadi Hassan. Al Habib Hassan akan solat berjemaah bersama-sama dengan pelajar-pelajar Madrasah Al Attas di sebuah masjid yang didirikan di kampung tersebut.
Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau telah membeli sebidang tanah seluas 10 ekar. Di atas bukit Sekolah Arab inilah seterusnya Madrasah Al Attas dibangunkan dengan kemudahan sekolah, asrama, rumah guru-guru, rumah pekerja, surau dan perpustakaan.
Selepas pemergian beliau, Madrasah Al Attas telah ditadbir dan dijaga oleh pewaris-pewaris beliau sehingga ke hari ini. Namun perpindahannya tetap tidak dapat dielakkan apabila ia telah dipindahkan lagi pada tahun 1993, kali ini Madrasah Al Attas dipindahkan di atas sebuah bukit di Km 23 Jalan Kota Tinggi, Ulu Tiram.




Penempatan baru ini adalah lebih luas dan lebih banyak pula kemudahan-kemudahan yang disediakan. Perpindahan ini adalah atas perancangan Al Habib Ali bin Mohamed Al Attas dan pemegang-pemegang amanah wakaf Al Habib Hassan Al Attas hari ini demi mempertingkatkan pengurusan dan pentadbirannya.





Suara Alattas

Majalah Tahunan Madrasah AlAtas dikenali sebagai Suara AlAttas. Suara AlAttas akan diterbitkan setiap penghujung tahun sebelum keberangkatan pelajar-pelajar tahun akhir ke luar negara. Majalah tersebut akan diterbitkan oleh pelajar-pelajar kelas Taujihiyah di bawah penyelengaraan Unit Penerbitan Madrasah.
**************************************************************
Majalah Sambutan 80 Tahun Madrasah
-----------------------------------------
Buat pertama kalinya, Madrasah AlAttas berjaya menyambut hari yang ke 80 tahun kewujudannya pada 17 Zulkaedah 1412 bersamaan 20 Mei 1992 bertempat di Madrasah AlAttas AlArabiah Johor, Jalan Sekolah Arab, Wadi Hana, Johor Baharu. Bagi Menyambut hari tersebut, Unit Penerbitan Madrasah telah menerbitkan sebuah majalah khusus bagi Sambutan 80 Tahun Madrasah tersebut.
*******************************************************************************
Suara Al Attas 96
------------------
Sidang Redaksi
***************************************************************************
Penaung : Tuan Syed Ali AlAttas (Nazir)
Penasihat : Tuan Hj Ismail Ibrahim (Mudir)
Ketua : Ustaz Mohd Amin Abd Kadir
Setiausaha : Zulkifli Ibrahim
Pen. Setiausaha : Salmi Samat
Bendahari : Siti Nahariah Harun
Pen. Bendahari : Norfaridah Rubani
Ketua Unit Pengarang : Mohd Hakki Mohammad
Pen. Ketua Unit Pengarang : Rosmawati Rafi'e
Ketua Unit Bahasa Melayu : Khairiel Hafidz Abd Malik
Pen. Ketua Unit Bahasa Melayu : Norita Yusof
Ketua Unit Bahasa Arab : Syed Ali Syed Hassan
Pen. Ketua Unit Bahasa Arab : Mariam Sariman
Ketua Unit Bahasa Inggeris : Syed Fadhil Murtadha Mohammed
Pen. Ketua Unit Bahasa Inggeris : Dayang Suryati Awang Muhammad
Ketua Unit Grafik dan Type Setting : Mohd Roszali Zakaria
Pen. Ketua Unit Grafik dan Type Setting : Mohd Azuan Jaafar
Unit Grafik : Siti Sarah
: Syarifah Zainab
: Siti Habibah
Ketua Unit Iklan : Mohd Fadhil Abu Bakar
Pen. Ketua Unit Iklan : Hadi Hamid
Unit Iklan : Siti Fatimah Hamat
: Amshah Noorwadi
Ketua Unit Percetakan : Zaid Badrul Hashim
Pen. Ketua Unit Percetakan : Firdawati Abu
************************************************************************************
Suara Al Attas 97
------------------
Sidang Redaksi
**************
Penaung : Tuan Syed Ali AlAttas (Nazir)
Penasihat : Tuan Hj Ismail Ibrahim (Mudir)
Ketua : Ustaz Mohd Amin Abd Kadir
Setiausaha : Zulkifli Ibrahim
Pen. Setiausaha : Salmi Samat
Bendahari : Siti Nahariah Harun
Pen. Bendahari : Norfaridah Rubani
Ketua Unit Pengarang : Mohd Hakki Mohammad
Pen. Ketua Unit Pengarang : Rosmawati Rafi'e
Ketua Unit Bahasa Melayu : Khairiel Hafidz Abd Malik
Pen. Ketua Unit Bahasa Melayu : Norita Yusof
Ketua Unit Bahasa Arab : Syed Ali Syed Hassan
Pen. Ketua Unit Bahasa Arab : Mariam Sariman
Ketua Unit Bahasa Inggeris : Syed Fadhil Murtadha Mohammed
Pen. Ketua Unit Bahasa Inggeris : Dayang Suryati Awang Muhammad
Ketua Unit Grafik dan Type Setting : Mohd Roszali Zakaria
Pen. Ketua Unit Grafik dan Type Setting : Mohd Azuan Jaafar
Unit Grafik : Siti Sarah
: Syarifah Zainab
: Siti Habibah
Ketua Unit Iklan : Mohd Fadhil Abu Bakar
Pen. Ketua Unit Iklan : Hadi Hamid
Unit Iklan : Siti Fatimah Hamat
: Amshah Noorwadi
Ketua Unit Percetakan : Zaid Badrul Hashim
Pen. Ketua Unit Percetakan : Firdawati Abu
*************************************************************************************
Suara Al Attas 98
------------------
Sidang Redaksi
**************
Penaung : Tuan Syed Ali AlAttas (Nazir)
Penasihat : Tuan Hj Ismail Ibrahim (Mudir)
Ketua : Ustaz Mohd Amin Abd Kadir
Setiausaha : Zulkifli Ibrahim
Pen. Setiausaha : Salmi Samat
Bendahari : Siti Nahariah Harun
Pen. Bendahari : Norfaridah Rubani
Ketua Unit Pengarang : Mohd Hakki Mohammad
Pen. Ketua Unit Pengarang : Rosmawati Rafi'e
Ketua Unit Bahasa Melayu : Khairiel Hafidz Abd Malik
Pen. Ketua Unit Bahasa Melayu : Norita Yusof
Ketua Unit Bahasa Arab : Syed Ali Syed Hassan
Pen. Ketua Unit Bahasa Arab : Mariam Sariman
Ketua Unit Bahasa Inggeris : Syed Fadhil Murtadha Mohammed
Pen. Ketua Unit Bahasa Inggeris : Dayang Suryati Awang Muhammad
Ketua Unit Grafik dan Type Setting : Mohd Roszali Zakaria
Pen. Ketua Unit Grafik dan Type Setting : Mohd Azuan Jaafar
Unit Grafik : Siti Sarah
: Syarifah Zainab
: Siti Habibah
Ketua Unit Iklan : Mohd Fadhil Abu Bakar
Pen. Ketua Unit Iklan : Hadi Hamid
Unit Iklan : Siti Fatimah Hamat
: Amshah Noorwadi
Ketua Unit Percetakan : Zaid Badrul Hashim
Pen. Ketua Unit Percetakan : Firdawati Abu
*************************************************************************************

Lagu dan Bendera Madrasah Alattas

Lagu Madrasah Alattas Alarabiah Johor
Bendera Madrasah Alattas Alarabiah Johor.





Pengasas Madrasah Alattas


Nama penuh beliau ialah Syed Hassan bin Ahmad bin Zain Al Attas. Nasab beliau adalah bersambung sehingga kepada Rasulullah SAW. Beliau adalah seorang ulama' di zamannya begitu juga dengan datuknya Habib Zain.
Sejarah kedatangan keluarganya bermula awal abad ke-18 apabila datuknya berhijrah ke Tanah Melayu. Datuk Habib Hassan kemudiannya bermustautin di negeri Pahang dan bersahabat baik dengan keluarga Diraja Pahang. Beliau banyak membuat kebajikan kepada rakyat dan masyarakat disana. Dan kemudiannya pada tahun 1832, lahirlah Habib Hassan di Kampung Maulana di sebuah rumah berhampiran dengan Istana Tun Ali (Pahang).
Ketika hidupnya beliau dikenali sebagai seorang ulama, pendakwah dan juga ahli perniagaan yang telah banyak menabur jasa. Di sana beliau telah mendirikan Madrasah Al Attas yang pertama di Pekan Pahang.
Setelah penghijrahan beliau dan bermustautin di Negeri Johor, beliau menubuhkan satu lagi madrasah yang juga di beri nama Madrasah AlAttas. Beliau bukan sahaja berbaik-baik dengan masyarakat tetapi sentiasa bergaul baik dengan Raja-Raja Melayu samada ketika di Negeri Pahang mahupun di Negeri Johor.
Di Johor beliau bersahabat baik dengan Sultan Johor iaitu Sultan Abu Bakar sehingga beliau dipelawa oleh sultan supaya menetap di Johor. Di Johor beliau tinggal di Kampung Habib Hassan (sekarang dikenali sebagai Kampung Wadi Hassan).Banyak pertolongan dan jasa yang telah beliau curahkan. Di atas segala jasa dan pengorbanan beliau itu, beliau telah dianugerahkan pangkat Darjah Kerabat (DK) Johor oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1932.
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1932 di rumahnya di Kampung Wadi Hassan, Johor Bahru Johor. Pemergiannya sukar untuk dicari ganti. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat ke atas Allahyarham, amin........
ALFATIHAH.

Pengenalan Madrasah Alattas

(Pejabat Pentadbiran Madrasah Al Attas Wadi Hana.)
Kedatangan orang-orang Arab ke rantau Asia Tenggara pada abad ke-15 bukanlah semata-mata mencari keuntungan perdagangan sahaja, malahan tujuan yang lebih utama adalah menyebarkan dan mengembangkan agama Islam, sejajar dengan perintah Allah dan Rasulnya.
Sejak dari Melaka menjadi pusat perdagangan lagi, ajaran Islam dan Bahasa Arab telah diajarkan kepada penduduk tempatan oleh pedagang-pedagang arab.
Dalam keluarga Al Attas, munculah seorang tokoh yang bertanggungjawab dalam meyebarkan agama Islam dan bahasa Arab. Beliau adalah Al Habib Hassan bin Ahmad Al Attas. Penubuhan madrasah (sekolah) adalah salah saatu usaha terpenting beliau dalam memastikan penyebaran agama Islam dan bahasa Arab dapat diajarkan kepada penduduk-penduduk tempatan.
Madrasah pertama yang telah beliau dirikan diberi nama Madrasah Al Attas. Ia telah didirikan di negeri kelahiran beliau, Pahang Darul Makmur pada tahun 1860. Madrasah ini kemudiannya telah diserahkan pentadbirannya kepada kerajaan negeri Pahang sehingga ke hari ini.
Dan seterusnya beliau berhijrah ke Johor. Setelah beliau berpindah dan bermustautin di negeri Johor, beliau menubuhkan satu lagi madrasah yang juga diberi nama Madrasah Al Attas pada tahun 1913. Madrasah ini kekal sehingga kini dan ditadbir oleh pewaris-pewaris beliau.
Madrasah Al Attas Johor yang terletak di atas bukit Timbalan, Johor Baharu ini dimulakan sesi pembelajarannya dengan bermula 80 orang pelajar. Mudirnya yang pertama adalah Tuan Hj Ahmad Gusti dibantu oleh YM Tuan Syed Alwi bin Ahmad Al Attas dan Tuan Syeikh Arafat Mansor dari Kaherah Mesir.