? ??????????????Sunset City? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??59 Grabs Today. 2925 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Concrete Colors? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??108 Grabs Today. 236 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Fancy Purplen BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 18, 2009

Pengasas Madrasah Alattas


Nama penuh beliau ialah Syed Hassan bin Ahmad bin Zain Al Attas. Nasab beliau adalah bersambung sehingga kepada Rasulullah SAW. Beliau adalah seorang ulama' di zamannya begitu juga dengan datuknya Habib Zain.
Sejarah kedatangan keluarganya bermula awal abad ke-18 apabila datuknya berhijrah ke Tanah Melayu. Datuk Habib Hassan kemudiannya bermustautin di negeri Pahang dan bersahabat baik dengan keluarga Diraja Pahang. Beliau banyak membuat kebajikan kepada rakyat dan masyarakat disana. Dan kemudiannya pada tahun 1832, lahirlah Habib Hassan di Kampung Maulana di sebuah rumah berhampiran dengan Istana Tun Ali (Pahang).
Ketika hidupnya beliau dikenali sebagai seorang ulama, pendakwah dan juga ahli perniagaan yang telah banyak menabur jasa. Di sana beliau telah mendirikan Madrasah Al Attas yang pertama di Pekan Pahang.
Setelah penghijrahan beliau dan bermustautin di Negeri Johor, beliau menubuhkan satu lagi madrasah yang juga di beri nama Madrasah AlAttas. Beliau bukan sahaja berbaik-baik dengan masyarakat tetapi sentiasa bergaul baik dengan Raja-Raja Melayu samada ketika di Negeri Pahang mahupun di Negeri Johor.
Di Johor beliau bersahabat baik dengan Sultan Johor iaitu Sultan Abu Bakar sehingga beliau dipelawa oleh sultan supaya menetap di Johor. Di Johor beliau tinggal di Kampung Habib Hassan (sekarang dikenali sebagai Kampung Wadi Hassan).Banyak pertolongan dan jasa yang telah beliau curahkan. Di atas segala jasa dan pengorbanan beliau itu, beliau telah dianugerahkan pangkat Darjah Kerabat (DK) Johor oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1932.
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1932 di rumahnya di Kampung Wadi Hassan, Johor Bahru Johor. Pemergiannya sukar untuk dicari ganti. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat ke atas Allahyarham, amin........
ALFATIHAH.

0 comments: