? ??????????????Sunset City? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??59 Grabs Today. 2925 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Concrete Colors? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??108 Grabs Today. 236 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Fancy Purplen BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 31, 2010

Badar

Badar : Badr Hunayn, : ialah sebuah tempat di wilayah AL-MADINAH, di barat arab saudi. Ia terletak di sekitar  / 23.78; 38.79056 kira-kira 80 batu (130 km) di barat daya bandar suci islam madinah.

Badar merupakan tempat berlakunya perang pertama dalam Islam, PERANG BADAR. Peperangan berlaku di antara tentera Islam yang dipimpin oleh NABI MUHAMMAD S.A.W dan tentera Quraisy di bawah pimpinan Abu Sufian. Pertempuran ini berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah bersamaan 17 Mac 624 M. Dalam peperangan tersebut, tentera Islam mencapai kejayaan cemerlang.

-Perang Badar -

-Dijuang 17 MAC 624 M- (17 ramadhan 2 H dalam takwim islam) di Hijaz dari barat Semenanjung Arab ( arab saudi masa-kini), merupakan pertempuran penting dalam zaman awal ISLAM dan merupakan pemusingan dalam perjuangan NABI MUHAMMAD S.A.W dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah. Pertempuran ini telah diteruskan dalam Sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan pertolongan dari pada ALLAH atau kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu dari sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam, AL-QURAN, hampir kesemua pengetahuan kontemporari dari perang di Badar berasal dari keterangan tradisional Islam, kedua-duaHadis dan biografi Nabi Muhammad s.a.w., ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.

Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil Muslim dan Makkah pada lewat 623 dan awal 624 .Muslim telah menjadi lebih kerap. Badar, bagaimanapun merupakan penglibatan skala-besar pertama antara dua pihak. Bermara kepada posisi bertahan, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang berdisiplin dengan baik berjaya memecahkan barisan puak Makkah, membunuh beberapa ketua Quraisy . Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama bahawa mereka mungkin akhirnya mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu dari kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslimin. Kemenangan Muslim juga mengisyaratkan suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan menguatkan kuasa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua dari yang kerapkali dengan komuniti mudah berpecah di Madinah.Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat diri mereka dengan Muslim dari Madinah; demikian, perkembangan Islam bermula.


-Masjid al-Nabawīy-

Masjid al-Nabawīy atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.

-Menara Masjid-

Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khalifah Ar-Rasyidin, Masjid Nabawi tidaklah memiliki sebarang bentuk menara. Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang berketinggian lebih kurang 27.5 meter pada empat sudut. Kemudian diikuti Qaitbay dengan membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Perlu juga diketahui bahawa tinggi menara Masjid utama ialah 44.53 meter, sedangkan menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah setinggi 38.85 meter.

-Madinah al-Munawwarah-

Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".
Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi muhammad s.a.w. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah
Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.

-Sejarah-

-Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkah sama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun 455 sm suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.
Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib sebelum hijrah hanyalah sebuah kumpulan komuniti masyarakat yang kecil khususnya selepas kedatangan masyarakat yahudi.

-Penghijrahan dari Makkah ke Madinah-

Pada hari Isnin 20 september 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak quraish Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.
Menurut sumber-sumber Islam yang autentik seperti hadith, Madinah mempunyai dua buah puak yang berbeza (Aus dan Khazraj) di samping tiga buah suku Yahudi(Banu Quainuka'a,Banu Nadhir dan Banu Qurayza ). Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib tetapi sering berbalah antara satu sama lain dan asyik berperang sesama mereka. Mengikut ahli sejarah Islam, kedua-dua puak ini mengetahui akan kewujudan seorang Rasul di Makkah yang mana pengikutnya sering diseksa oleh kaum Quraish Makkah. Mereka berbuat keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini untuk mengatasi konflik di antara mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Selepas tiba di Madinah Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah

-Perang Makkah-Madinah-

Selepas masyarakat Islam bertapak kuat di Madinah, kaum Quraish Makkah mula berasa terancam dengan kuasa baru ini. Pada tahun 627 masihi, tentera Makkah di bawah pimpinan Abu Sufyan menyerang Madinah. Abu Sufyan dikatakan meminta pertolongan Banu Qurayza salah sebuah suku Yahudi untuk menolong mereka menewaskan orang Muslim Menurut Sahih Bukhari pertolongan Banu Qurayza terhadap Abu Sufyan telah melanggar perjanjian yang terdapat di dalam Piagam Madinah. Oleh kerana itu semua orang lelaki kaum itu dihukum bunuh setelah pengadilan dijalankan oleh Saad ibni Muadh.
Pada tahun kesepuluh Hijrah, Madinah menjadi sebuah tempat di mana umat Islam diserang atau menyerang musuh. Sehinggalah baginda berjaya membuka kota Makkah tanpa menumpahkan walaupun setitik darah. Walaupun selepas tertubuhnya Khulafa al-Rasyidin, Madinah terus menjadi ibu kota kerajaan Islam.

-Madinah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.-

Di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, empayar Islam berkembang dengan pantas sehinggakan tentera Islam berjaya menakluk kota-kota yang penting seperti Damsyik, Baitulmuqaddis, Iskandariah, dan Baghdad. Selepas kematian khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyyah yang pada ketika itu merupakan gabenor Damsyik mengubah pusat pemerintahan kerajaan Islam ke Damsyik. Beliau kemudiannya menubuhkan dan mengasaskan Kerajaan Ummaiyyah. Kota Madinah kemudiannya hanya menjadi pusat keagamaan sahaja daripada menjadi pusat politik.
Pada tahun 1924, Madinah yang sudah lama berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah jatuh ke tangan Ibnu Saud yang kemudiannya menjadi Raja Arab Saudi.

~Kiamat Sudah Dekat~

TANDA-TANDA KIAMAT.

Tanda-tanda kiamat menurut agama islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

TANDA-2 BESAR-
* Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.*Lahirnya dajjal* Keluar asap tebal.
* Turunnya NABI ISA A.S
* Kemunculan IMAM MAHDI
* Matahari terbit dari ufuk barat.
* Keluarnya suku YAKJUJ DAN MAKJUJ
* Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
* Runtuhnya KA'ABAH
* Terdengar tiupan sangkakala pertama.
* Ada azan tak di jawab
* 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

TANDA-2 KECIL

- Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis.

* Penaklukan Baitulmuqaddis Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari ”
* Zina bermaharajalela "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”
* Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
* Bermaharajalela alat muzik “ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-2 wanita" - Ibnu Majah ”
* Menghias masjid dan membanggakannya “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik “ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”
* Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
* Ramai orang soleh meninggal dunia “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka BUMI, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”
* Orang hina mendapat kedudukan terhormat “ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”
* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja “ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”
* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang “ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”
* Bulan sabit kelihatan besar “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) BULAN sabit." - Riwayat Thabrani ”
* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita “ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”
* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar “ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
* Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
* Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan) “ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”
* Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda “ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”
* Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
* Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
* Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
* Orang akan melakukan homoseksual.
* Akan terdapat ramai anak luar nikah.
* Berkurangnya sifat amanah
* Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
* Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
* Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
* Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
* Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
* Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya “ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya ”
* Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
* Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
* Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
* Memandang rendah kepada darah “ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan AL-QURAN sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”
* Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar) “ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”
* Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam “ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri parsi dan rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”
* Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan “ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”
* Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan “ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim ”
* Banyaknya berlaku gempa bumi
* Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
* Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan “ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari ”
* Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
* Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat “ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.