Dh lme sgt ana x upload new entry kat dlm blog nie...Sbb ana bz sgt3 la.Exam da nk dkat so kene prepare mcm2..lgi2 kene bnyk wat ltihan add math..aduh..pning pale...hmm..tpi mcm mne pown ana beborak ngan antum ari nie k...tntang hari raye.Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: عيد الفطر 'Ayd al-Fiṭr "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
************************
Zakat fitrah dan takbir
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.
***************************
Simbol
Gambar ketupat yang dianyam dari riben.
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.
Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.
********************************
Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
*********************************
Amalan lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.
Pada malam Tujuh Likur(malam 27 Ramadan), pelita atau lampu minyak tanah akan dinyalakan terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala pelita akan digantikan dengan penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini.
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Hah..2 lah serba skit tntang HARI RAYA AIDIL FITRI..Ana juga mndoakan pelajar2 al-attas trutamanya pelajr tingkatan 4 yg akn menduduki peperiksaan SMA...ana ykin antum sume leh wat yg trbaik...doakn kjayaan ana dlm peperiksaan hujung tahun ini...Dan ana pohon kemaafan antum sume kalau ana ade wat slah silap...k..2 jewp entry ana kali nie...ASSALAMUALAIKUM..
Tuesday, October 13, 2009
...Selamat Hari Raya...
Posted by Afie at 10:46 AM 0 comments
Wednesday, June 24, 2009
Thursday, June 18, 2009
Perpindahan Madrasah Alattas Ke Ulu Tiram
Kemudiannya, buat kali yang ketiga Madrasah Al Attas terpaksa dipindahkan lagi, kali ini pula dibangunan sementara yang lebih besar sesuai untuk menampung pertambahan pelajar-pelajarnya. Bangunan sementara ini terletak bersebelahan dengan Sekolah SIGS yang ada pada hari ini.
Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau telah membeli sebidang tanah seluas 10 ekar. Di atas bukit Sekolah Arab inilah seterusnya Madrasah Al Attas dibangunkan dengan kemudahan sekolah, asrama, rumah guru-guru, rumah pekerja, surau dan perpustakaan.
Selepas pemergian beliau, Madrasah Al Attas telah ditadbir dan dijaga oleh pewaris-pewaris beliau sehingga ke hari ini. Namun perpindahannya tetap tidak dapat dielakkan apabila ia telah dipindahkan lagi pada tahun 1993, kali ini Madrasah Al Attas dipindahkan di atas sebuah bukit di Km 23 Jalan Kota Tinggi, Ulu Tiram.
Posted by Afie at 10:15 PM 0 comments
Suara Alattas
Majalah Tahunan Madrasah AlAtas dikenali sebagai Suara AlAttas. Suara AlAttas akan diterbitkan setiap penghujung tahun sebelum keberangkatan pelajar-pelajar tahun akhir ke luar negara. Majalah tersebut akan diterbitkan oleh pelajar-pelajar kelas Taujihiyah di bawah penyelengaraan Unit Penerbitan Madrasah.
**************************************************************
Majalah Sambutan 80 Tahun Madrasah
-----------------------------------------
Buat pertama kalinya, Madrasah AlAttas berjaya menyambut hari yang ke 80 tahun kewujudannya pada 17 Zulkaedah 1412 bersamaan 20 Mei 1992 bertempat di Madrasah AlAttas AlArabiah Johor, Jalan Sekolah Arab, Wadi Hana, Johor Baharu. Bagi Menyambut hari tersebut, Unit Penerbitan Madrasah telah menerbitkan sebuah majalah khusus bagi Sambutan 80 Tahun Madrasah tersebut.
*******************************************************************************
Suara Al Attas 96
------------------
Sidang Redaksi
***************************************************************************
Penaung : Tuan Syed Ali AlAttas (Nazir)
Penasihat : Tuan Hj Ismail Ibrahim (Mudir)
Ketua : Ustaz Mohd Amin Abd Kadir
Setiausaha : Zulkifli Ibrahim
Pen. Setiausaha : Salmi Samat
Bendahari : Siti Nahariah Harun
Pen. Bendahari : Norfaridah Rubani
Ketua Unit Pengarang : Mohd Hakki Mohammad
Pen. Ketua Unit Pengarang : Rosmawati Rafi'e
Ketua Unit Bahasa Melayu : Khairiel Hafidz Abd Malik
Pen. Ketua Unit Bahasa Melayu : Norita Yusof
Ketua Unit Bahasa Arab : Syed Ali Syed Hassan
Pen. Ketua Unit Bahasa Arab : Mariam Sariman
Ketua Unit Bahasa Inggeris : Syed Fadhil Murtadha Mohammed
Pen. Ketua Unit Bahasa Inggeris : Dayang Suryati Awang Muhammad
Ketua Unit Grafik dan Type Setting : Mohd Roszali Zakaria
Pen. Ketua Unit Grafik dan Type Setting : Mohd Azuan Jaafar
Unit Grafik : Siti Sarah
: Syarifah Zainab
: Siti Habibah
Ketua Unit Iklan : Mohd Fadhil Abu Bakar
Pen. Ketua Unit Iklan : Hadi Hamid
Unit Iklan : Siti Fatimah Hamat
: Amshah Noorwadi
Ketua Unit Percetakan : Zaid Badrul Hashim
Pen. Ketua Unit Percetakan : Firdawati Abu
************************************************************************************
Suara Al Attas 97
------------------
Sidang Redaksi
**************
Penaung : Tuan Syed Ali AlAttas (Nazir)
Penasihat : Tuan Hj Ismail Ibrahim (Mudir)
Ketua : Ustaz Mohd Amin Abd Kadir
Setiausaha : Zulkifli Ibrahim
Pen. Setiausaha : Salmi Samat
Bendahari : Siti Nahariah Harun
Pen. Bendahari : Norfaridah Rubani
Ketua Unit Pengarang : Mohd Hakki Mohammad
Pen. Ketua Unit Pengarang : Rosmawati Rafi'e
Ketua Unit Bahasa Melayu : Khairiel Hafidz Abd Malik
Pen. Ketua Unit Bahasa Melayu : Norita Yusof
Ketua Unit Bahasa Arab : Syed Ali Syed Hassan
Pen. Ketua Unit Bahasa Arab : Mariam Sariman
Ketua Unit Bahasa Inggeris : Syed Fadhil Murtadha Mohammed
Pen. Ketua Unit Bahasa Inggeris : Dayang Suryati Awang Muhammad
Ketua Unit Grafik dan Type Setting : Mohd Roszali Zakaria
Pen. Ketua Unit Grafik dan Type Setting : Mohd Azuan Jaafar
Unit Grafik : Siti Sarah
: Syarifah Zainab
: Siti Habibah
Ketua Unit Iklan : Mohd Fadhil Abu Bakar
Pen. Ketua Unit Iklan : Hadi Hamid
Unit Iklan : Siti Fatimah Hamat
: Amshah Noorwadi
Ketua Unit Percetakan : Zaid Badrul Hashim
Pen. Ketua Unit Percetakan : Firdawati Abu
*************************************************************************************
Suara Al Attas 98
------------------
Sidang Redaksi
**************
Penaung : Tuan Syed Ali AlAttas (Nazir)
Penasihat : Tuan Hj Ismail Ibrahim (Mudir)
Ketua : Ustaz Mohd Amin Abd Kadir
Setiausaha : Zulkifli Ibrahim
Pen. Setiausaha : Salmi Samat
Bendahari : Siti Nahariah Harun
Pen. Bendahari : Norfaridah Rubani
Ketua Unit Pengarang : Mohd Hakki Mohammad
Pen. Ketua Unit Pengarang : Rosmawati Rafi'e
Ketua Unit Bahasa Melayu : Khairiel Hafidz Abd Malik
Pen. Ketua Unit Bahasa Melayu : Norita Yusof
Ketua Unit Bahasa Arab : Syed Ali Syed Hassan
Pen. Ketua Unit Bahasa Arab : Mariam Sariman
Ketua Unit Bahasa Inggeris : Syed Fadhil Murtadha Mohammed
Pen. Ketua Unit Bahasa Inggeris : Dayang Suryati Awang Muhammad
Ketua Unit Grafik dan Type Setting : Mohd Roszali Zakaria
Pen. Ketua Unit Grafik dan Type Setting : Mohd Azuan Jaafar
Unit Grafik : Siti Sarah
: Syarifah Zainab
: Siti Habibah
Ketua Unit Iklan : Mohd Fadhil Abu Bakar
Pen. Ketua Unit Iklan : Hadi Hamid
Unit Iklan : Siti Fatimah Hamat
: Amshah Noorwadi
Ketua Unit Percetakan : Zaid Badrul Hashim
Pen. Ketua Unit Percetakan : Firdawati Abu
*************************************************************************************
Posted by Afie at 9:56 PM 0 comments
Pengasas Madrasah Alattas
Nama penuh beliau ialah Syed Hassan bin Ahmad bin Zain Al Attas. Nasab beliau adalah bersambung sehingga kepada Rasulullah SAW. Beliau adalah seorang ulama' di zamannya begitu juga dengan datuknya Habib Zain.
Sejarah kedatangan keluarganya bermula awal abad ke-18 apabila datuknya berhijrah ke Tanah Melayu. Datuk Habib Hassan kemudiannya bermustautin di negeri Pahang dan bersahabat baik dengan keluarga Diraja Pahang. Beliau banyak membuat kebajikan kepada rakyat dan masyarakat disana. Dan kemudiannya pada tahun 1832, lahirlah Habib Hassan di Kampung Maulana di sebuah rumah berhampiran dengan Istana Tun Ali (Pahang).
Ketika hidupnya beliau dikenali sebagai seorang ulama, pendakwah dan juga ahli perniagaan yang telah banyak menabur jasa. Di sana beliau telah mendirikan Madrasah Al Attas yang pertama di Pekan Pahang.
Setelah penghijrahan beliau dan bermustautin di Negeri Johor, beliau menubuhkan satu lagi madrasah yang juga di beri nama Madrasah AlAttas. Beliau bukan sahaja berbaik-baik dengan masyarakat tetapi sentiasa bergaul baik dengan Raja-Raja Melayu samada ketika di Negeri Pahang mahupun di Negeri Johor.
Di Johor beliau bersahabat baik dengan Sultan Johor iaitu Sultan Abu Bakar sehingga beliau dipelawa oleh sultan supaya menetap di Johor. Di Johor beliau tinggal di Kampung Habib Hassan (sekarang dikenali sebagai Kampung Wadi Hassan).Banyak pertolongan dan jasa yang telah beliau curahkan. Di atas segala jasa dan pengorbanan beliau itu, beliau telah dianugerahkan pangkat Darjah Kerabat (DK) Johor oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1932.
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1932 di rumahnya di Kampung Wadi Hassan, Johor Bahru Johor. Pemergiannya sukar untuk dicari ganti. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat ke atas Allahyarham, amin........
ALFATIHAH.
Posted by Afie at 9:49 PM 0 comments
Pengenalan Madrasah Alattas
Posted by Afie at 9:35 PM 0 comments