Kemudiannya, buat kali yang ketiga Madrasah Al Attas terpaksa dipindahkan lagi, kali ini pula dibangunan sementara yang lebih besar sesuai untuk menampung pertambahan pelajar-pelajarnya. Bangunan sementara ini terletak bersebelahan dengan Sekolah SIGS yang ada pada hari ini.
Pada tahun 1925, jumlah pelajarnya meningkat lagi kepada 300 orang. Dan untuk perpindahan kali yang ke empat, ia telah dipindahkan berdekatan dengan rumah Al Habib Hassan sendiri iaitu di kampung Habib Hassan yang kini dikenali sebagai kampung Wadi Hassan. Al Habib Hassan akan solat berjemaah bersama-sama dengan pelajar-pelajar Madrasah Al Attas di sebuah masjid yang didirikan di kampung tersebut.
Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau telah membeli sebidang tanah seluas 10 ekar. Di atas bukit Sekolah Arab inilah seterusnya Madrasah Al Attas dibangunkan dengan kemudahan sekolah, asrama, rumah guru-guru, rumah pekerja, surau dan perpustakaan.
Selepas pemergian beliau, Madrasah Al Attas telah ditadbir dan dijaga oleh pewaris-pewaris beliau sehingga ke hari ini. Namun perpindahannya tetap tidak dapat dielakkan apabila ia telah dipindahkan lagi pada tahun 1993, kali ini Madrasah Al Attas dipindahkan di atas sebuah bukit di Km 23 Jalan Kota Tinggi, Ulu Tiram.

0 comments:
Post a Comment